Hari ini luka aku terbuka lagi.
Bukan luka hati, tetapi luka kaki.
Kerana semalam doktor memesankan; "cuci luka sehingga lembut". maka kerana aku arkitek, bukannya doktor, aku halakan sahaja air dari paip getah ke kaki aku. membuak - buak darah aku bila lukanya terpecah.
Minta teman sebilik hantarkan (dah lupa namanya, walhal baru pagi tadi menampal nama di depan pintu bilik hehe~ maaf roommate) ke pusat kesihatan, baru tahu cuci maksudnya rendam sahaja, lepas tu baru dituangkan ungu iodin. Maka sekali lagi aku ditahan hospital, tak kisah sebab yang jaga aku bukan jantan, manis pulak tu =)
tidur sehingga lewat ke kelas CAD. nasib baik sempat mempamerkan storyboard yang aku buat dalam 30 minit awal pagi tadi.
Dan kaki aku bukannya berjangkit, sahabat, cuma aku alah sahaja. datang lah bertanyakan kondisi aku, dari mendengar cerita kaki aku bernanah kerana aku tak basuh stoking, kepam kasut aku, walhal kan pelik kalau "croc" aku terserlah kakiku tersarung?
Mulut manusia bagai buluh ditiup angin, lain arusnya, lain alunnya, makin jauh makin bermacam siulnya.
Oh. dan benar aku sedang dilamun cinta. benar aku dalam perhubungan.
Tidak benar aku dan "dia" sedang bergaduh. bertitik titik untuk putus hubungan jauh sekali.
Cuma kami selesa kalau tak berkepit, tak perlu nak berkampung dalam kangkang 7 kaki x 7 kaki siang dan malam. jumpa bila kadar perlu, menjenguk bila rindu. kalau sudah jodoh tak ke mana, betul?
jadi simpankanlah cerita - cerita masam, kongsikan yang manis - manis.
Tahniah Kak Liza dan Azmin dari Prodigy, mendapat anggota keluarga yang baru. sedap dan manis nama Kasih Nasuha, sepadan dengan tuannya, semimik dengan bonda dan ayahandanya =) walaupun dah lama, saje je nk tulis dlm blog hehehe
Yahya bin Aktsam berkata: "Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan laknatullah sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat.
Dan Allah swt telah berfirman (berbunyi): "Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan."
No comments:
Post a Comment