Thursday, April 10, 2008

meliuk fikiran, mengintai hadapan

dari saudara ridhuan;


Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Islam universiti saya bingkas dan lantas mengumpulkan petisyen mengkritik wilder dan Fitna (kalau anda tidak kenal nama ini maka seeloknya mulakanlah tabiat membaca akhbar dan media massa yang bermanfaat).


Tidak lama dahulu (belum sampai sedekad pun) Denmark mengejutkan dunia Islam dengan karikatur dan mainan yang nyata mencemar kesucian Islam.
Kita tegas menghentam mereka kembali; tapi nyata sebenarnya kita tidak ambil pengajaran SEBENAR yang TERSIRAT.
sepertimana DR M dahulu mengajak UN berfikir kenapa wujudnya ekstremis Islam, sepertimana itulah kita harus menjenguk sebentar; apa yang membuatkan dunia benci kepada Islam?

saya menyokong KEBEBASAN ANTARABANGSA?

bukan kebebasan itu yang saudara/i agungkan di dalam negara Islam Hadhari? muslimah tidak pakai tudung itu tiada apa-apa; itu hak manusia merdeka; hatta tiap kali cerdik pandai MAHASISWA/I (bakal pemimpin negara) menganjurkan malam akhir tahun, grand dinner, etc, semuanya menunjukkan "keindahan" ciptaan tuhan. bukit bukau dan lurah yang.....faham-faham sendiri.

OH. tidak memakai kad matrik itu kesalahan tatatertib universiti; saman RM 50.
maaf tuan.eh? yang berjalan di depan tuan pengawal keselamatan yang mulia itu siapa namanya? kak amy?
kak amy atau zulhaimi si anu bin si anu?
oh? dia wakil tarian cha-cha universiti kita? HEBAT!

hampir tersimpang jauh; tapi isinya, untuk kita lumurkan ke muka kita, tanam ke dalam minda kita; apa yang sudah kita buat untuk mengajak dunia lihat INDAHNYA ISLAM? AMANNYA ISLAM? BENARNYA ISLAM?

benar. saya pun banyak buat dosa juga. tapi mula dari kesedaran itulah kita bertitik tolak untuk merubah kepada yang lebih baik.

eloknya selain daripada layan american idol ataupun akademi fantasia, mulakanlah membaca intipati yang bermanfaat. bermacam wacana; saya sarankan satu, blog daripada Faisal tehrani, satu lagi daripada keretamayat.blogspot.com.di bawah ini satu luahan intelektual yang pernah saya postkan dalam blog lama saya dahulu, dari pahrul mohd juni.

mereka pun bukannya bagus sangat; tapi kan seronok kita mendengar pandangan dan kiasan orang lain, berfikir dan berbincang; dari sekadar mendengar suara sumbang,bersorak, menghabiskan ekonomi sms kita memastikan idola kita menang?

tak pernah sekalipun aznil berbicara pasal kartun dari denmark. tak pernah sekalipun ac mizal kecoh pasal wilder.

siapa wilder? =) masyaALLAH.

********************************

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI?

lt;O>
Oleh: Pahrol Mohamad Juni

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh)
sesetengah orang-orang tua kampung
dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka
selalunya diperuntukkan untuk
meletakkan barang usang yang `kurang'
atau tidak perlu. Selalunya botol-
botol, tin-tin atau papan-papan buruk.
Entah kenapa semua itu tidak dibuang.
Hanya di letakkan begitu sahaja.
Diguna tidak, dibuang pun tidak.
Peliknya, apabila barang-barang
`antik' itu hendak diambil oleh orang
lain, cepat-cepat pula mereka
melarangnya. Tak boleh ?nak guna,
sayang, dan macam-macam alasan.
Itulah sebuah analogi yang terlintas
di fikiran bila saya ditanya tentang
kemarahan umat Islam terhadap
penyiaran karikatur menghina nabi
Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar
Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang
siswa sehabis sahaja majlis diskusi
tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita
berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada
senjata yang lebih hebat. Doa," balas
saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada
mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul
lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita?#34;
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan
dengan mengamalkan sunnahnya jauh
lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan
lebih keberanian?Tentangannya lebih
hebat. Bahkan daripada orang Islam
sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu
lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin
siswa yang `terbakar' ini mula
mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi.
Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-
tua dahulu dengan barang-barang usang
di bawah rumah. Nak digunakan tidak,
nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila
ada orang lain nak mengambilnya,
barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan
perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan
Allah, kita berdoa. Kita muhasabah,
sejauh mana kecintaan kita kepada
Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat
membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah?agar kita
menilai semula benar-benarkah kita
mencintai sunnah Rasul-Nya selama
ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya,"
ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan
sentimen berkala. Namun kegigihan,
kebijaksanaan, perancangan dan
ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan
dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita
mendidik generasi muda mencintai Rasul
dan keluarganya? Saya risau generasi
muda yang mabuk hedonisme kini tidak
akan punya kemarahan yang sama seperti
yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang
hidupnya lintang pukang, tapi masih
marah bila Rasulullullah
dipersendakan. Mereka akan turut
berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?"
tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul
bebas biasalah?tapi cinta mereka
terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak
berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah
kemudian. Bila ada cinta, pasti ada
marah bila kecintaan dicela. Tapi
kalau marah saja, belum tentu ada
cinta?"
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih
panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau
kita ambil barang-barang berharga di
atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula.
Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi
itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta
barang di atas rumah? Berbanding
barang usang di bawah rumah?" balas
saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya
`membimbing' siswa ini berfikir.
Terimbau luapan semangat saya sewaktu
di kampus dulu. Beginilah pola
berfikir saya. .
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak
berani,kerana barang di atas rumah
tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati,
diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak
sangat berharga di tangan pencintanya.
Musuh tak kan berani mengusiknya,
apalagi nak menghinanya?#34;
"Encik ni, tak sangka ke situ pula
kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati
diri sendiri terlebih dahulu, barulah
orang lain akan menghargai kita.
Justeru, jika kita marahkan musuh yang
mengecam Rasul, marahkanlah juga diri
kita yang tidak benar-benar
mencintainya!"
"Dan?bukti cinta amalkan sunnah Rasul.
Itulah cara paling berkesan
mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-
musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini
marahnya kerana cinta bukan kerana
benci. Dominasi cintakan Rasul bukan
emosi bencikan musuhnya.


****************************************

Alangkah indahnya kalau komitmen PMI terhadap fitna (yang pastinya umpama membaling batu ke dalam laut) sama seperti mengajak kawan - kawan kita ke masjid, berkias dengan muslimah kita bahawa tudung itu perhiasan yang paling mulia, dan mengubah "pink club" itu kepada club macho atau sebagainya. WALLAHUALAM.

No comments: