Tuesday, April 8, 2008

seekor manusia, seorang monyet

seekor manusia seorang monyet. bagi sesiapa yang meminati sastera pasti pernah mendengar tajuk cerpen ini, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka suatu masa dahulu.

bermula dengan seorang ibu muda, membawa anak luar nikahnya; dalam sulit, keliru, bimbang dan risau membalun hati.patutkah anak itu dipelihara, diserahkan kepada orang lain, atau dibiar sahaja mati di tepi tong sampah? tong sampah bagai 'port' menanggung nyawa yang tidak berdosa, ironinya hasil dari maksiat, dosa dan mungkar orang yang membawanya ke dunia, sedar ataupun tidak. Maka hutan rimba dipilih sebagai destinasi baru, biarkan anak itu mati lemas belajar berenang di sungai deras.

Tapi waktu ibu muda ini berkira - kira sedemikian, terdengar sebuah bunyi deburan air, suara hikuk - pikuk nyaring yang bukan manusia.seekor anak monyet terkapai - kapai, ibunya melompat - lompat, meneriak bertempik, tapi kerana ia SEEKOR MONYET, maka ia TIADA AKAL baginya mencari jalan menyelamatkan anaknya dari hadaman air yang deras.

TAPI..seekor monyet itulah yang terjun membabi-buta, sanggup memperjudikan nyawa demi anaknya.monyet yang tiada akal, tiada maruah, tapi membuat perkara yang nyata bertentangan dengan apa yang ibu muda tadi bakal lakukan.

SEORANG ibu menyelamatkan anaknya, SEEKOR ibu hendak melepaskan anaknya. dalam hal ini, siapa yang bermaruah? si 'seekor' atau si 'seorang' ?

saya ini anti-perempuan?menolak kesalahan kepada perempuan?tidak faham kesulitan ibu muda tadi? semuanya salah LELAKI bukan? =)

persoalan pertama: apa dosa anak tersebut?
persoalan kedua: mengapa akal tidak dimanfaatkan ketika nafsu berkias - kias
meminta, meraih, melaung keinginan diri?
persoalan ketiga:lihat sekeliling, mana 'seekor', mana 'seorang' di kalangan kita?

tiada kaitan lelaki dengan perempuan. tetapi saya berminat dengan isu ini, kerana anak itu harta seorang ibu..hatta kalaupun teman lelaki itu lebih dahsyat dari binatang sekalipun, ibu muda tadi masih ada kuasa (women power; ayat kebanggaan wanita moden) untuk mengelak diri dari menjadi 'seekor' manusia. tersilap langkah pertama, tak bermaksud kita kena teruskan langkah yang silap itu untuk selama - lamanya. anak itu anugerah TUHAN, kenapa hendak dibuang anugerah-NYA? takut dicaci dihina manusia, tak sehebat dosa membunuh nyawa yang kudus dan tak berdosa. lihat perkara ini dari perspektif lain: membela anak itu, mendidiknya dengan baik, menuntunnya dengan hemat, mungkin mencuci likat pekat di hati kita..INSYA-ALLAH.ingat, hak seorang lelaki itu adalah isterinya, hak seorang wanita itu adalah anaknya.

lelaki tak terselamat...kita lebih dahsyat jika kita mengabaikan terus kedua - duanya: si ibu dan si anak, haram atau halal (YA. ada orang kahwin tetapi mengabaikan anak isteri mereka, mencari 'seekor' manusia yang lain)..jika kita berbuat demikian, maka kita bukan 'seorang' mahupun 'seekor'.

saya bukannya baik.bukan alim.sama sahaja seperti ahmad,abu dan amin di seberang kampung sana itu.malah saya ini LICIK. =) dan senang saya menyatakan saya SUKA MEMPROVOKASI PEMIKIRAN orang.kenapa? suka-suka.seronok. itu hiburan peribadi saya. tapi kan segar rasanya, bila bertrillion sel dalam otak kita dicucuk-cucuk, menilai mana yang khilaf, mana yang hak, bermoral ataupun tidak?

jadi kalau saya terlanjur kata, terlanjak sempadan, maafkan saya, tegurlah saya, bimbinglah saya. saya ini MANUSIA.sekarang ini SEORANG, dan harapnya sampai mati, saya ini masih SEORANG MANUSIA =)

************************

yesterday i went to KAED (Kulliyah of Architecture & Enviromental Design) fest at UIAM. And i had this book for $25, "the impressionist" by Hairi Kunzru.and not so long ago i spend another $20 on HM Tuah's new novel,"kau di hatiku".yet Harry Potter last edition, "Deathly Hallows" was sold for $70+/-, at hypermarkets actually. Now more and more books are easily available, it just a matter of logic fact when teenagers would swap manga and entertainment mags for thick novels. If not Sidney Shieldon or Jeffery Archer, or John Grisham, or Robert Ludlum, then perharps Roald Dahl or C.S. Lewis.but please not ahadiat akashah.it's just too lovey dovey.i'm not against entertainment (hey, im an avid fan of manga,anime, Neil gaiman, katsuya Terada and Mike Mignola; just to name a few), but don't you think that our brains longed for something somewhat challenging sometimes.

If you're a mischief-maker and cunning like me, "the Impressionist" is a sure ecstassy. on the other hand, if you're a muslim especially, and seeks motivation, HM Tuah Iskandar's never failed you.SERIOUSLY.

*******************************

in the wake of FAM's crisis, there were so many comments and criticisms. each has their own rights and wrong. but i can't help myself to point out what Kathirasen (New Sunday Times, 22th JULY 2007) had to say about it. it was amusing, but at the same time, shed some lights to what had been revolving around us.help yourself.

No comments: